Monday 30 May 2011

Hobi slash Hobby slash Shumi slash Hiwaiyah slash Chwimi

ehem! check mic, check mic
1,2,3 ok? "good!"
emm.. Salam sejahtera kepada semua yg dalam keadaan sihat mahupun tidak begitu sihat gayanya
berdirinya eh! berduduknya saya di hadapan komputer ni untuk menaip sesuatu
ala, ringkas2 tulis entry la! hehe
aduh! tajuk kali ni guna macam2 bahasa.. (nak berlagak la tu) 
forget it! 

kalau zaman hikayat dulu (sekolah rendah) Mina punya hobi, hmm.. main masak2, main patung fesyen aka Barbie.. tapi bila dah meningkat ke darjah enam dah tukar jadi masak betul2 dan menjahit baju fesyen tak fesyen, semuanya gara2 seorang budak lelaki yg Mina minat (fuhh, hebat betul penangan budak tu) taktik Mina nak pikat dia (kecik2 dah nak bercintan cintun, budak zaman sekarang) confess: Mina waktu tu memang tak matang dan masih lagi budak mentah! 


sapa yg kenal Mina waktu sekolah rendah dulu, konfem tahu sapa budak laki ni, yela MinaKuMina jadi popular sebab berani mati pergi bagi surat kat budak tu, hahaha.. GILA! bila pikir balik malu memang sah dah ada, nak gelak pun ada gak cause tak tau mana dapat 'keberanian' bagi surat dekat dia. semuanya kerana gua ni pantang dicabar, dah orang lain cabar gua bagi surat dekat budak yg gua suka, gua bagilah beb! -Lu Langsi Lu Mati-


tu waktu zaman masih lagi budak2 kecik tak tahu dunia sebenar sekolah, sekarang Mina dah ada  hobi tetap, iaitu membaca
memang membaca tak dapat dipisahkan oleh diriku! tiap masa membaca je kejanya! yela tu. baca manga (komik jepun) & novel je banyak~ buku2 ilmiah nak pegang pun susah! pe lagi pegang, pandang pun sebelah mata je! eh, dah macam lagu Anita Sarawak "jangan pandangku sebelah mata, nak kenal namaku buku ilmiah" lari picthing, lari bebenor! haha, best pe baca manga & novel! gua tak kacau orang pun, yg lu kisah tu pehal?! (ni mesti penangan 'Kongsi')
nak buat awards kejap! klu Berita Harian ada ABPBH, Mina pun ada gak. ABPMS (Anugerah Buku Paling Mina Suka)


Top 5: Kategori Novel 

1. Tunas - Hlovate
novel ni memang gempak! lawak & penuh dengan nilai2 murni yg memang bagus untuk semua. tak melarat dan watak Addin & Benz yg suka bertelagah tak kira waktu buat Mina senyum sentiasa.. sedikit sebanyak perangai Mina di sekolah banyak dipengaruhi oleh novel ni. ()

2. aA+bB - Hlovate
'aA+bB' ni sambungan kepada 'Tunas' dan masih lagi mengekalkan watak utama iaitu Addin & Benz. walaupun novel ni keluar dulu sebelum 'Tunas' tapi jalan cerita dia boleh difahami, tapi elok baca 'Tunas' dulu la. senang nak faham nanti pe sebenarnya jadi kat Addin & Benz waktu diorang sekolah dulu. over all, novel ni memang gempak!!

3. Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
ni la novel kedua yg berjaya buat Mina nangis selepas novel 'Janjiku Bersamamu'. memang setiap kali baca novel ni benteng air mata Mina akan pecah (jiwangnya ayat). try la baca novel ni, sebelum tu sediakan sekotak atau berkotak2 tisu. Mina pernah mention pasal novel ni dulu

4. Adam & Hawa - Aisya Sofea
novel ni memang sangat sangat sangat popular dikalangan pembaca novel (ayat mcm org tulis surat khabar, da) dah berapa kali ulang cetak dah novel ni. kisah cinta antara Ain Hawani & Adam Mukhriz Gellespie. baca tajuk dia pun dah boleh bayangkan? romantik, hero yg handsome & heroin yg cantik. terdapat juga unsur2 agama dalam ni walaupun tak sebanyak macam novel 'Ayat-Ayat Cinta'.

5. Coke and Sundae - Ilya Abdullah
lawak! lawak! lawak! tiga perkataan tu dah cukup nak gambarkan novel ni. lebih kurang sama macam 'Tunas' dan 'aA+bB', hero & heroin yg suka mengadakan perang. senior macho, Syakir dipadankan dengan minah ganas macam Hulk, Azyan. perangai Syakir yg suka menyusahkan hidup Azyan memang sempoi. sekarang, novel ni ada sambungan dia, tapi kena baca dekat offical blog penulis dia kat SINI (dh mcm CikBetty la pulak hehe..) :)


Top 5: Kategori Manga (Komik Jepun)

1. Kiniro no Corda - Yuki Kure
Mina pernah buat entry pasal kekecewaan Mina terhadap ending manga ni yg tergantung. memang dahsyat la sebab Mina sanggup follow manga ni sampai chapter 75 (ending). bayangkan bab 1 sampai 75 tu beb! haha.. Mina memang minat gile2 dengan hero dia Len Tsukimori (rambut biru kat gambar tu) walaupun bab terakhir dia tamat dengan luahan hati+cinta Len kepada Kahoko Hino (perempuan rambut merah dalam gambar) lepas tu tak tahu diorang ni dah couple ke atau Len dah balik semula ke Vienna, sebab dia habis mcm tu je. TERGANTUNG! tapi yg pasti Kahoko sukakan Len


 
2. Haruyuki Bus - Usami Maki
Usami Maki memang mangaka (penulis manga) yg Mina obses selain daripada Ashihara Hinako. kebanyakan komik2 dia semuanya lawak2, memang kena la dgn citarasa Mina yg suka baca cerita yg lawak2. Mina sanggup cari sampai ke lubang ular untuk dapatkan keempat-empat jilid manga ni! great effort! setiap jilid, lain cerita dia tapi tetap ada kaitan dengan bas. Mina paling suka dgn jilid no1 & 3.

  
3. Penguin Prince Otokomae! Beads Kurabu - Motomi Kyousuke
untuk no3 ni Mina tak tahu yg mana patut jadi no3, last2 decide yg dua2 komik ni rank no3 lagipun pelukis kedua-duanya org yg sama, Motomi Kyousuke. Mina memang minat gila2 dgn komik karya Motomi Kyousuke sebab cerita dia semuanya lawak. bagi komik 'Penguin Prince' ada 4 cerita yg berlainan termasuk cerita utama, Penguin Prince. bagi 'Otokomae! Beads Kurabu' pulak mengenai Oikawa Ibuki yg ganas cuba nak jadi gadis feminin, ala2 mcm cerita 'Coke and Sundae' la. dalam manga ni, yg bawak watak Syakir tu nama dia Takumi Urabe tapi Takumi ni lagi gatal dari Syakir. turut dimuatkan dgn short story, 'Very Black White Day'. 

 4. Tennen Bitter Chocolate - Ashihara Hinako
salah seorang mangaka favorite mak~! hehe.. cerita dia pasal Chinatsu Endo yg dah 4 kali putus cinta tapi kali ni dia tak akan berputus asa untuk bercinta dgn senior dia , Yoshiyuki Kansai. hero dia ni seorang yg 'cold' mcm Len Tsukimori. bagi Yoshiyuki, dunia dia hanyalah tenis semata-mata! tapi impian Chinatsu diranapkan dgn kenyataan Yoshiyuki dah ada gilrfriend (yg Yoshiyuki peralatkan supaya dia masih boleh bermain tenis) tapi Chinatsu tetap nak bersama jugak dgn Yoshiyuki selepas childhood friend dia, Iku Murota bagitau something kat dia. tapi Mina tak suka ending dia. lain yg diharapkan, lain yg jadi..\(//◇//)/ ada 3 jilid dan 1 short story dalam jilid 3.

5. Hidarite no Raburetaa - Chiba Kozue
lawakan cover dia? lukisan Chiba Kozue memang lawa! salah satu sebab Mina beli manga ni. kisah dia mcm ni, Nishino iaitu seorang pelajar sekolah tinggi yg pemalu dan duduk bersebelahan dengan Minami Taiga (budak laki yg dia minat). satu hari, Minami tegur dia tentang tangan kiri dia yg selalu kotor kesan contengan. sejak hari tu, hubungan diorang jadi rapat dan diorang selalu berhubung dgn mesej di tangan kiri. tapi selepas beberapa lama, Minami bergaduh dgn kawan2 dia sebab Nishino dan lepas tu dah tak ada dah mesej di tangan kiri. cerita ni sweet sangat! kisah dia ditamatkan dgn Minami tulis luahan hati dia dengan marker dekat tangan kiri lepas tu diorang dah baik. dalam cerita ni turut ada 3 kisah yg lain..

tamat sudah ABPMS.. tahniah kepada pemenang! kepada yg tidak tercalon atau yg tercalon tapi tak menang. takpe takpe, tahun depan ada lagi..

p/s: apa hobi korang?

still remember: 

3 comments:

...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

What Would I Called A Files of History